Hampeh rasanya kerana aku tak dapat nak attend kelas. Demam mengejut tiba-tiba menyerang aku. Aku tak standby lagi ni nak kumpul geng-geng antibody aku untuk melawan penyakit ni…Ish!!! Takut ‘N’ kecut gak perut aku bila abang Doktor tu beritahu aku kena serang hendap dek suspek Denggi…Sejuk giler aku rasa badan aku macam kat Kutub Utara yang banyak salji tu…Last-last aku kena cucuk jarum ‘N’ masuk air, kena tahan kat Wad Kecemasan HTAR Klang selama 1 hari…Ramai gak geng-geng yang senasib dengan aku tengah tunggu giliran termasuk ler adik-adik yang masih kecil…kesian!!! Bila dah kuar wad, keesokan harinya aku disuruh oleh cik kak Doktor lain pula untuk continue rawatan gi Klinik Sek 7 Shah Alam. Doktor kat klinik tu pulak follow-up cucuk jarum tuk ambil darah lagi…Nak check gak takut kang betul-betul aku kena serang demam denggi…Takut!!!

Alhamdullillah, berkat usaha aku makan ubat ‘N’ minum banyak air kosong, akhirnya aku sembuh gak but berat badan aku susut giler siot…kurus macam cicak kubing yang nak menemui ajal sebab kurang makan…Orang demam ni memang macam tu. hilang selera nak makan…
Kepada kekawan kat luar sana, sentiasalah menjaga kesihatan ‘N’ kebersihan diri. Bunuh ler jentik-jentik ‘N’ nyamuk-nyamuk aedes kat luar sana tu…Sayangilah orang yang tersayang…
No comments:
Post a Comment