Monday, October 26, 2009

ORIENTEERING “FINAL” DI BUKIT CHERAKAH, SHAH ALAM

Untuk aktiviti kali ni, aku merupakan orang yang terawal sampai di antara geng-geng PLK-PDRM aku yang lain…Aku bangun seawal pagi yang mungkin ‘N’ sempat gak aku lepak di pejabat sebelum nak bertandang datang ke Bukit Cherakah yang menjadi port final orienteering kitaorang. Hujan pula turun agak lebat gak menjadi penyebab geng-geng aku yang datang dari area KL lambat tiba…Dengan perut yang kosong ‘N’ suasana yang agak sejuk, memang menguji keimanan…

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang geng aku tiba menunjukkan batang hidung mereka. Kitaorang pun “all together” berkumpul berteduh di Bus Stop Bukit Cherakah sementara setia menanti ketibaan Encik Hisyam…Sejurus selepas itu, wajah Encik Hisyam pun dah muncul tiba…Walaupun hujan masih tetap turun renyai-renyai, tetapi aktiviti wajib ni memang harus diteruskan.

Kami pun bergerak beramai-ramai menuju ke tapak orienteering berhampiran sawah padi. Encik Hisyam pula khusyuk memberikan taklimat terlebih dahulu sebelum aktiviti orienteering ni dimulakan…Selesai sahaja taklimat, peserta pertama yang dilepaskan bersama sekeping kad, kompas ‘N’ peta adalah ‘Aku’…Disebabkan aku merupakan orang pertama yang tiba di Bukit Cherakah maka automatically aku ler terpaksa menjadi peserta pertama yang mendahului game ini…Sepantas kilat ‘N’ secepat yang mungkin aku mula bergerak mencatit di atas peta ku sumo point-point yang aku dikehendaki cari…10 point siot!!!…Pada mulanya aku ingatkan nombor yang dicatit di dalam peta tu adalah bearing siot…Terkena ler kat batang hidung aku bcoz sesat nak mencari point yang pertama iaitu tempat parking basikal…Cobaan!!!...

Di antara sepuluh point tersebut, point yang paling mencabar mental ‘N’ fizikal aku adalah perjalanan nak ke point Empangan Kuning. Walauapapun kejadian ‘N’ ujiannya, syukur alhamdullillah…berkat kesabaran ‘N’ ketajaman minda, aku ‘N’ sumo geng-geng aku selamat tiba ‘N’ berjaya menakluk kesemua point yang diberi walaupun ada di antaranya yang agak mengelirukan mata kitaorang disebabkan mempunyai dua nombor yang berbeza but seakan-akan serupa...

No comments:

Post a Comment