Monday, October 26, 2009

“KOMPAS, BEARING ‘n’ DISTANCE"

Bila sebut pasal “HIKING” ‘n’ “ORIENTEERING”, pasti kita sumo akan flash back semula zaman purba kita pada suatu ketika dahulu. Dalam bab ni, dengan berpaksikan Pulau Kapas, aku berpeluang sekali lagi membabitkan diri semula di dalam aktiviti yang seakan-akan sama dengan kedua-dua aktiviti yang telah aku nyatakan tadi. Rindu rasanya bila terkenang kembali pengalaman manis Hiking bersama-sama dengan kekawan classmate ku masa aku kat sekolah menengah dahulu. Aku dapat gak mengulanginya sekali lagi pada usia yang aku boleh katakan semakin menyingsing “Kubur kata mari”…But tetap maintain gitu…He3x…Sebenarnya, boleh dikatakan sumo aktiviti yang diatur untuk kitaorang ni agak mencabar gak bcoz hari demi hari banyak tenaga yang telah aku buang…So, dalam part aktiviti ni memerlukan aku ‘N’ geng-geng segroup aku untuk bekerjasama ‘N’ berganding bahu mencari sumo point-point sulit ‘N’ tersembunyi…

Setiap group hanya dibekalkan sekeping kertas yang tercetak sebuah peta ‘N’ satu alat kompas…But important things adalah sumo group yang terlibat diguide oleh seorang Instructor yang berfungsi sebagai pemantau ‘N’ tenaga pengajar selaku tukang rujuk kitaorang. Diorang ni sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi kepakaran serta kewibawaan mereka walaupun usia mereka jauh lebih muda daripada kitaorang…Mana ler tahu, kalau takde sekurang-kurangnya seorang Instructor tuk standby kat group kitaorang, kang tersilap baca kompas ‘N’ salah kira bearing, alamat sesat ler jawabnya…Tak semena-menanya, terpaksa ler survivor kat dalam hutan.

Banyak point yang kitaorang perlu cari…Antaranya ialah jeti kat Pulau Kapas, dalam hutan, rumah api ‘N’ bermacam-macam lagi lah…Sampai tak terkata aku dibuatnya…Walaupun berbagai ujian ‘N’ rintangan yang telah aku ‘N’ group aku tempuhi di sepanjang perjalanan terutama sekali ketika masuk hutan ‘N’ keluar hutan yang sememangnya mencabar, namun at the end kitaorang selamat gak sampai ke point terakhir yang juga menjadi tapak permulaan kitaorang iaitu kat tapak perkhemahan…Alhamdullillah, group aku merupakan group terawal yang tiba ‘N’ berjaya mencari kesemua point dalam masa yang terpantas. Ni mungkin berkat doa yang telah dibacakan oleh ustaz Harun kita…He3x…


Cik Minah membeli gelang
Membeli gelang di pasar Siang
Walaupun tenaga semakin hilang
Tetap aku terus berjuang...

No comments:

Post a Comment