Sunday, October 25, 2009

"SNORKELING"

~ INDAHNYA ALAM CIPTAAN TUHAN YANG MAHA ESA ~


Rupa-rupanya best giler gak bila dapat peluang mencuba “Snorkeling” ni…Nak dapat peluang macam tu boleh ler diibaratkan “Nak menunggu bulan jatuh ke riba”…Bila dah dapat peluang keemasan macam tu, ape lagi…aku takkan lepaskan ler jawabnya …Seronok bro!!! Rasa macam tak nak je tanggalkan “Fins, Mask ‘N’ Snorkel” tu…Mula-mula aku tak tahu gak ape benda yang Encik Hisyam selalu dok sebut pasai snorkeling ni…But bila aku dah join Outdoor Recreation kat Pulau Kapas ni, bertuah gak aku bcoz dapat gak try snorkeling ni kat sana.

Snorkeling ni boleh ler aku katakan adik-beradik ‘N’ part of “Scuba Diving”…cuma snorkeling ni kita dapat peluang tengok hidupan kat dasar laut pun dari atas permukaan laut je…Nak dipendekkan cite, snorkeling ni merupakan julung-julung kalinya aku buat..Tu pun kat Pulau Kapas…kalau tak, kempunan ler aku tak merasa snorkeling…

Fuyohhh!!! Cantik giler beb aku tengok dari permukaan laut tu…Gamat laut ‘N’ timun laut besar giler siot!!! Ade gak aku tengok sekumpulan nemo tengah berkejar-kejaran ‘N’ tak kurang juga hebatnya bab ade gak aku dapat peluang tengok ikan besar ‘N’ belut laut di samping batu karang yang indah berwarna-warni…colourful gitu!!!

Tu je ler serba sedikit cite bab pengalaman aku pasai snorkeling ni yang aku bole ler kongsi bersama dengan kawan-kawan kat luar sana …Nasihat aku kat kawan-kawan yang masih lagi belum mencuba, cuba ler, jangan tak cuba…Jangan sampai korang buat snorkeling tu jadi scuba diving, dah ler…Tak karuan nanti!!!

Pak Abu menangkap ikan,
Hendak menangkap si ikan tenggiri,
Pulau Kapas jadi kenangan,
Tetap terpahat di sanubari…


Tengah bz buat Snorkeling, masih sempat gak beri pose istimewa...Say ENJOY!!!...

Amacam???...Ade gaya jadi Duta "PEACE NO POLLUTIONS" tak!!!...He3x
Keindahan batu karang yang amat tinggi nilainya...Jangan cemari alam kita!!!...

Ni ler contoh alat-alat yang wajib digunakan dalam aktiviti Snorkeling...Antaranya ialah MASK, SNORKEL 'n' FINS (Kasut Itik)...

No comments:

Post a Comment