Monday, October 26, 2009

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA!!!

~ MAAF ZAHIR & BATIN ~


Masih belum terlewat lagi untuk aku nak mengambil kesempatan yang terbuka luas kat dalam Blogspot ni…dalam bulan baik yang mulia ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir ‘N’ Batin kepada sumo kekawan muslimin ‘N’ musliman yang dikasihi sekalian…Tidak lupa gak buat sumo pensyarah-pensyarah ‘N’ staff UITM Shah Alam yang beragama Islam…

Kepada sesape yang nak balik kampong tu samada menggunakan jalan darat, laut mahupun udara, hendaklah sentiasa berhati-hati terutama sekali di jalanraya…Ingatlah orang yang anda sayangi…Kalau nak mati pun, pi la mati sorang-sorang…jangan nak babitkan orang lain pulak…

Halalkanlah makan ‘N’ minum aku selama ni samada aku tertelan dengan sengaja ataupun tidak sengaja…Kalau ade terkasar bahasa or tersentuh dengan niat tak sengaja tu, bermaafan ler sesame kite…Sebelum aku nak menamatkan mukadimah aku pada kali ini, terimalah beberapa pantun ‘N’ ungkapan aku yang tak berbunyi ‘N’ tak terungkap ni, dalam pelbagai versi bahasa…Kalau salah tu, buat-buat ler tak tahu yek…


Godok kupat nang ngisor ondo,
Godonge nipah digawe atep,
Ono salah dan silap njalok ngapuro,
Ketemu meneh nang tahun ngarep,
Wes suwi aku orak ngomong jowo ni,
Orak opo-opo la yer,
Salam perantauan untuk semua.

Sedar tak kita semakin tua,
Ada 5 ciri-ciri tua,
Satu : Membaca semakin jauh, kencing semakin dekat,
Dua : Dulu tido mengadap muka, sekarang tido berlaga punggung,
Tiga : Dulu pakai minyak wangi, sekarang pakai minyak angin,
Empat : Dulu 12 kali sebulan, sekarang 1 bulan sekali,
Lima : Dulu keras menunggu, sekarang menunggu keras,
Kadang-kadang tunggu pun tak keras-keras,
Macam mana pun “Hati Mesti Bersih” sebab kita dah tua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,
Syukur di atas fitrah dan ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

Di Aidilfitri yang mulia ini…maaf dipinta andainya…
Terkasar bahasa…Tersilap bicara…Termarah yang tak kena...
Tertanya yang tak tentu hala…Tersyasyul yang tak sengaja…
Terpukul kat mana-mana…Terpekik di telinga…Terhantuk di kepala…
Terpinjam harta benda…Terumpat bila-bila…Terusik yang sengaja…
Dan macam-macam lagi yang adaaa…
Minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki…
Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin…

Tunggu-tunggu Rayo dah dokek,
Baka lomang…Robuh ketupek,
Nak anta kad Rayo da tak sompek,
Anta chat je yang copek,
Solamat Arie Rayo,
Maaf Zahir Batin.

Kata Al-Ghazali “Yang jauh itu WAKTU…
Yang dekat itu MATI…Yang besar itu NAFSU…
Yang berat itu AMANAH…Yang mudah itu BERBUAT DOSA…
Yang panjang itu AMAL SOLEH…Yang indah itu SALING MEMAAFKAN”…
Salam Aidilfitri…Maaf Zahir dan Batin…

Biar renggang di fana dunia…Biar hina di mata manusia…
Biar semangat semakin tua…Biar harta semakin tiada…
Biar akal semakin berusia…Biar jauh kedudukan kita…
Biar jurang pangkat sesame…
Jangan tergadai silaturrahim antara kita…
“Tak kenal maka tak cinta”…
Selamat Hari Raya…Maaf Zahir & Batin…

Pakai tongkat lompat parit,
Kain ketat tersepak batu,
Nak hantar kad raye takde duit,
Hantar chat ok ler tu,
Selamat Hari Raya…Maaf Zahir dan Batin…

GEMBIRA JIKA DIINGATI…BAHAGIA JIKA DIHARGAI…
UNTUNG JIKA DISAYANGI…BERTUAH JIKA DICINTAI…
KECEWA JIKA DILUKAI…SEDIH JIKA DILUPAI…
INDAH JIKA RAMADHAN TERUS DIHAYATI DAN DIJIWAI DALAM SANUBARI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Rumah dihias cantik berseri,
Ramadhan diganti si Aidilfitri,
Serangkap pantun pengganti diri,
Tanda teman-teman sentiasa diingati,
Terkasar bahasa terkecil hati,
Seribu kemaafan dituntuti,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…

No comments:

Post a Comment