Monday, October 26, 2009

KNOTTING TEST 'n' LOW ROPES COURSE

Bertempat di UITM Shah Alam kat belakang Kolam Renang, kitaorang berkumpul sekali lagi untuk Knotting Test ‘N’ Low Ropes Course…Sementara menunggu nak menempuh ujian Knots ni, aku 'N' geng-geng aku mula ler nak sibuk review balik sumo Knots yang dah kitaorang pelajari sebelum ni…Mulalah aku mengelabah dok membelek 'N' mengikat tali but still tak reti-reti lagi…Aku mulalah mencari di kalangan geng-geng aku untuk dijadikan mangsa ‘N’ sifu sebagai tempat rujukan aku…Macam mentor ‘N’ protégé gitu…

Sebelum nak start Knotting Test, Encik Hisyam telah pecahkan kitaorang kepada beberapa kumpulan ‘N’ aku tergolong di dalam group yang kedua…Selesai je group pertama menyelesaikan tanggungjawab mereka, kini tiba ler pulak ke turn group aku. Mula ler naik darah gemuruh aku dibuatnya dok masih mengingat apa yang dah aku pelajari sebentar tadi...Risau gak bila memikirkan kalau nak melepasi target markah yang telah ditetapkan oleh Encik Hisyam…Tawakkal je ler…

Kecewa 'N' hampa gak aku akhirnya bcoz bila aku dah post mortem balik, banyak gak Knots yang aku tak bape ingat nak buat...Aku pasrah je dengan markah yang dah diberi...Nak dipendekkan cite, selesai je menjalani Knotting Test, aku ‘N’ geng-geng aku mula ler bergegas pula ke part membuat Low Ropes Course di kawasan yang tak bape jauh dari situ…Sebelum ni, kitaorang dah belajar bermacam-macam jenis Low ropes dan di antaranya ialah :-

1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. Foot Loop
6. Burma Bridge
7. Giant's/Jaccob Ladder
8. Monkey Cross
9. High Postman Walk
10. Foward Tension Traverse
11. Backward Tension Traverse
12. Chicken Walk
13. Leapord Crawl
14. Spider'web

Walaupun dah banyak giler yang kitaorang dah belajar but hanya empat jenis Low Ropes je yang kitaorang nak pasang pun...Sebanyak 4 kumpulan juga ler yang terlibat...Bila part memasang Low Ropes, tanpa mengira group kitaorang masing-masing tahu tugas ‘N’ tanggungjawab yang harus diselesaikan…Aku ‘N’ geng-geng aku saling tolong-menolong menyiapkan Low Ropes yang kitaorang dah pilih…Time part menarik tali, sumo berlumba-lumba nak tarik…Ada juga di antaranya yang tak kurang hebatnya, sememangnya mempunyai gaya ‘N’ bakat semula jadi seperti seorang penarik tali. Kitaorang serumpun bersama-sama berusaha sepenuh tenaga mengetatkan tali bagi mengelakkan tali yang dipasang akan kendur kelak terutama sekali bagi menampung kekawan yang mempunyai berat nauzubillah…boleh ler tahan beratnya…

Setelah siap dipasang, aktiviti kitaorang pun dimulakan…Seorang demi seorang menyusuri empat halangan Low Ropes. Dengan dikenakan syarat tidak boleh mencecah kaki ke bumi oleh Encik Hisyam, sumo kekawan termasuklah aku sendiri amat berhati-hati menyusuri tali tesebut…Bayangkanlah kitaorang terpaksa lalu kat atas seutas tali yang diikat pada pokok dengan pelbagai rupa bentuk halangan ‘N’ style dipasang…Tanpa kerjasama ‘N’ bantuan dari sumo kawan termasuklah kekawan dari e-PJJ ‘N’ adik-adik Full Time, tugasan sebegini tidak mungkin dapat disiapkan or diselesaikan ‘N’ sekaligus aktiviti Low Ropes ni dapat ditamatkan dengan jayanya walaupun ada gak member yang terpaksa mengulangi laluan perit Low Ropes ni…Yang penting happy ma!!!…




No comments:

Post a Comment