Sunday, October 25, 2009

“SURVIVOR” DI HUTAN…nGeRii!!!

Macam ni ler caranya nak mengikat khemah...Kena kreatif nak cari idea untuk buat khemah...Kalau tak pandai ikat, tido kat tanah ler jawabnye...

Unggun api tetap setia menemani di sepanjang proses membuai mimpi...

Antara hidupan ciptaan Tuhan yang menumpang sekali tido 'N' survivor kat dalam hutan dengan kitaorang...Ulat gonggok tu besar giler siot!!!...Lipan besar kitaorang tak sempat nak candid...

Ni ler antara muka berseri orang-orang yang beriman yang baru bangun tido...He3x...

Macam ni la nasib diri ku yang malang Oh! Tuhan!!!…Masa tu ler baru aku teringat senikata lagu P. Ramlee yang masih terngiang-ngiang kat lubang telinga aku…Kena tido kat dalam hutan berjam-jam lamanya dengan hanya berbekalkan 2 biji telur mentah, beras seciput, 1 biji kentang ‘N’ 2 botol besar mineral water…We all pasrah je…Beras 'N' telur kitaorang masak sekali but kulit telur tu kena ler basuh bersih-bersih terlebih dahulu. Manalah tahu kot-kot termasak sekali dengan tahi ayam, takkan parah namanye, manakala ubi kentang kitaorang bakar campak je kat bara unggun api tu...Kalau nak minum pun kena ler berjimat-cermat, kang stok air dah habis, kena beristinjak ler jawabnye...Survivor ler katakan. Tido kat bawah khemah buatan sendiri dengan hanya beralaskan daun-daun, bertemankan ungun api yang menjadi penyelamat dari binatang-binatang buas ‘N’ berbisa…Pandai-pandai ler nak hidup berdikari kat dalam hutan dengan geng-geng segroup aku yang ketuai oleh Tuan Apai ‘N’ dianggotai oleh diri aku sendiri, Atikah ‘N’ Khairi…Cobaan!!!

Bermacam-macam rentak irama ‘N’ lagu sedang berkumandang berdendang di dalam hutan…Ade irama Malaysia, Hip-Hop, Pop Rock pun ade gak ‘N’ bermacam-macam lagi lah…Sampai tak sanggup telinga aku nak mendengarnya…buat-buat pekak ‘N’ buat-buat tido je ler…Dalam hutan ni banyak cobaannya…sama macam dalam filem “Jangan Tegur ‘N’ Jangan Pandang Belakang”…Cubalah anda bayangkan kalau ler tiba-tiba muncul #@$&*%???...Lu Fikir Ler Sendiri!!!

Walauapapun dugaannya sekalipun, we all tetap respect gak kat Encik Hisyam ‘N’ sumo Instructor yang terlibat kerana tetap prihatin ‘N’ sanggup bersama-sama bersengkang mata membuat rondaan sentry semata-mata untuk memastikan kitaorang takde yang mati kebulur ‘N’ sentiasa berada dalam keadaan yang selamat sejahtera hendaknya kat dalam hutan tu…

Kalau takut dilanda taufan,
Jangan bina rumah di tepian,
Kalau takut dek hantu-hantuan,
Jangan duduk kat dalam hutan...

No comments:

Post a Comment