Monday, July 27, 2009

HARI PERTAMA AKU “ATTEND CLASS”

~ SEM 7 TAHUN 2009 ~

Hari pertama aku kembali semula menjejakkan kaki di Maktab PDRM Cheras untuk menghadiri kelas Diploma In Sport Recreation SR113 (PLK-PDRM) bagi Sem 7 Tahun 2009. Setelah sekian lama aku menyibukkan diri hanya untuk menjalankan tugas hakiki, kini aku kembali dengan azam yang baru walaupun azam lama aku masih belum tercapai lagi…Kih3x…Pejam celik-pejam celik begitu cepat masa berlalu, usia pun dah semakin tua...Rindu rasanya bcoz lama gak aku tak jumpa geng-geng classmate aku, but rasa malas pun ada gak…Al-maklum ler dah lama rehat panjang sempena cuti sem. Nikmat rasanya dapat rehat kat rumah di hujung minggu di samping dapat gak cuci-cuci mata ‘N’ relak-relak lepak dengan member-member.

Walaupun penyakit malas aku ni boleh dikatakan dah semakin parah gak ‘N’ dah mula menular dalam diri aku, namun aku gagahinya juga dengan vaksin kerajinan aku untuk melawannya. Bila difikirkan ‘N’ dipost mortem balik, rugi besak rasanya kalau aku tak habiskan study aku ni. Tempoh 4 tahun tu bukan satu jangka masa yang singkat beb ‘N’ bro sekalian. Sem ni merupakan sem aku yang terakhir untuk aku berhempas pulas nak dapatkan pointer tinggi…Insyallah…Amin!!!

Pada awal pengajian aku pada mulanya aku rasa nak surrender gak. Ditambah pula dengan perasa ajinomoto ‘N’ garam dalam study aku ni yang serba-serbi digunakan sumonya dalam bahasa Inggeris. Rasa lemah ‘N’ hinanya diriku ini kalau nak dibandingkan dengan geng-geng lain yang boleh dikatakan terer-terer gak bahasa orang putih ni…Berpeluh kat bawah ketiak kawe bila disuruh speaking orang putih…
Itu sahaja ler Al-kisahnya story aku buat kali ini…Kang panjang sangat, habis ler idea aku untuk cite kat korang pada coming soon…TUNGGUUU!!!

Whatever pun, salam perkenalan ikhlas dari aku untuk semua pensyarah yang terlibat dalam mengajar kitaorang para student SR113 (PLK-PDRM) bagi Sem 7 Tahun 2009…Expecially for Prof. Dr. Kwame, Encik Ali ‘N’ Encik Hisyam…

Kalau hendak menanam ubi,
Jangan lupa untuk membaja,
Kelas SR113 kini muncul lagi,
Salam kerinduan untuk semua…