Monday, October 26, 2009

IT IS A BIRD!!!...IT IS A PLANE!!!

BuKaN...bUkAn...Itu Si Pari-pari Terbang Tinggi!!!

Setibanya aku kat belakang Kolam Renang UITM Shah Alam, aku lihat dari jauh geng-geng aku sedang sibuk memasang tali untuk persiapan aktiviti kitaorang yang terakhir sebagai penutup aktiviti Outdoor Recreation bagi last semester 7 tahun 2009 iaitu "FLYING FOX"...

Aku berjalan pantas menuju ke arah mereka dan seterusnya membantu apa-apa yang patut untuk dibuat 'N' disiapkan...Dalam sibuk-sibuk membuat kerja-kerja pemasangan ni, aku 'N' Atoi masih sempat gak membuat amal kebajikan mencari rambutan yang dari tadi memang geram je kitaorang lihat tergantung kat atas pokok yang sememangnya mengiurkan kitaorang...Apa lagi, dengan muka selamba aku 'N' Atoi melihat sekumpulan Wak 'N' Neng sedang sibuk rancak bersembang sambil menikmati kelazatan rambutan kuning 'N' merah...Dengan muka selamba 'N' tak tahu nak malu, kitaorang gi ler mintak beberapa ikat rambutan kuning yang telah siap dipetik 'N' dilonggokkan oleh Wak 'N' Neng yang bertugas membersihkan kawasan tersebut...

Mahu tak mahu, walaupun kot-kot tak ikhlas nak bagi, tetapi mereka nampaknya terpaksa gak nak beri...Harap-harap tak ler diorang baca-baca...Kang tersangkut pula kat Wak tu...He3x...Selesai menikmati rambutan yang aku 'N' Atoi share dengan kawan-kawan, kitaorang pun meneruskan pemasangan tali 'N' menyusun sumo peralatan yang bakal digunakan di dalam aktiviti ini...

Setelah sumonya selesai diberesin, maka bermulalah aktiviti Flying Fox dan aku merupakan peserta kedua yang melakukan aksi berbahaya ini...Gugup 'N' gayat gak aku dibuatnya pabila menuruni tempat yang tinggi...Pesanan Encik Hisyam, bila terasa kaki dah tak mencecah tanah, cepat-cepat buat "L Ships". Ni bertujuan untuk mengelakkan kaki tersangkut pada akar-akar kayu...Arahan mesti dipatuhi, kalau ingkar bab keselamatan ni, kang tersungkur pula sujud mencium perut bumi...

Laju giler siot but Alhamdullillah aku selamat gak melakukannya tanpa sebarang halangan 'N' takde kecederaan 'N' kemalangan yang berlaku...Terima kasih kat Adik Stopper kita...Kalau bukan kena kat cara yang betul nak stop kitaorang, alamat melekat ler badan tertempek kat pokok tu...Kang parah ler jawabnya...Siapa yang susah...Mereka 'N' keluarga mereka juga yang sama-sama susah nanti...So, berwaspada ler yek...

KNOTTING TEST 'n' LOW ROPES COURSE

Bertempat di UITM Shah Alam kat belakang Kolam Renang, kitaorang berkumpul sekali lagi untuk Knotting Test ‘N’ Low Ropes Course…Sementara menunggu nak menempuh ujian Knots ni, aku 'N' geng-geng aku mula ler nak sibuk review balik sumo Knots yang dah kitaorang pelajari sebelum ni…Mulalah aku mengelabah dok membelek 'N' mengikat tali but still tak reti-reti lagi…Aku mulalah mencari di kalangan geng-geng aku untuk dijadikan mangsa ‘N’ sifu sebagai tempat rujukan aku…Macam mentor ‘N’ protégé gitu…

Sebelum nak start Knotting Test, Encik Hisyam telah pecahkan kitaorang kepada beberapa kumpulan ‘N’ aku tergolong di dalam group yang kedua…Selesai je group pertama menyelesaikan tanggungjawab mereka, kini tiba ler pulak ke turn group aku. Mula ler naik darah gemuruh aku dibuatnya dok masih mengingat apa yang dah aku pelajari sebentar tadi...Risau gak bila memikirkan kalau nak melepasi target markah yang telah ditetapkan oleh Encik Hisyam…Tawakkal je ler…

Kecewa 'N' hampa gak aku akhirnya bcoz bila aku dah post mortem balik, banyak gak Knots yang aku tak bape ingat nak buat...Aku pasrah je dengan markah yang dah diberi...Nak dipendekkan cite, selesai je menjalani Knotting Test, aku ‘N’ geng-geng aku mula ler bergegas pula ke part membuat Low Ropes Course di kawasan yang tak bape jauh dari situ…Sebelum ni, kitaorang dah belajar bermacam-macam jenis Low ropes dan di antaranya ialah :-

1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. Foot Loop
6. Burma Bridge
7. Giant's/Jaccob Ladder
8. Monkey Cross
9. High Postman Walk
10. Foward Tension Traverse
11. Backward Tension Traverse
12. Chicken Walk
13. Leapord Crawl
14. Spider'web

Walaupun dah banyak giler yang kitaorang dah belajar but hanya empat jenis Low Ropes je yang kitaorang nak pasang pun...Sebanyak 4 kumpulan juga ler yang terlibat...Bila part memasang Low Ropes, tanpa mengira group kitaorang masing-masing tahu tugas ‘N’ tanggungjawab yang harus diselesaikan…Aku ‘N’ geng-geng aku saling tolong-menolong menyiapkan Low Ropes yang kitaorang dah pilih…Time part menarik tali, sumo berlumba-lumba nak tarik…Ada juga di antaranya yang tak kurang hebatnya, sememangnya mempunyai gaya ‘N’ bakat semula jadi seperti seorang penarik tali. Kitaorang serumpun bersama-sama berusaha sepenuh tenaga mengetatkan tali bagi mengelakkan tali yang dipasang akan kendur kelak terutama sekali bagi menampung kekawan yang mempunyai berat nauzubillah…boleh ler tahan beratnya…

Setelah siap dipasang, aktiviti kitaorang pun dimulakan…Seorang demi seorang menyusuri empat halangan Low Ropes. Dengan dikenakan syarat tidak boleh mencecah kaki ke bumi oleh Encik Hisyam, sumo kekawan termasuklah aku sendiri amat berhati-hati menyusuri tali tesebut…Bayangkanlah kitaorang terpaksa lalu kat atas seutas tali yang diikat pada pokok dengan pelbagai rupa bentuk halangan ‘N’ style dipasang…Tanpa kerjasama ‘N’ bantuan dari sumo kawan termasuklah kekawan dari e-PJJ ‘N’ adik-adik Full Time, tugasan sebegini tidak mungkin dapat disiapkan or diselesaikan ‘N’ sekaligus aktiviti Low Ropes ni dapat ditamatkan dengan jayanya walaupun ada gak member yang terpaksa mengulangi laluan perit Low Ropes ni…Yang penting happy ma!!!…




ORIENTEERING “FINAL” DI BUKIT CHERAKAH, SHAH ALAM

Untuk aktiviti kali ni, aku merupakan orang yang terawal sampai di antara geng-geng PLK-PDRM aku yang lain…Aku bangun seawal pagi yang mungkin ‘N’ sempat gak aku lepak di pejabat sebelum nak bertandang datang ke Bukit Cherakah yang menjadi port final orienteering kitaorang. Hujan pula turun agak lebat gak menjadi penyebab geng-geng aku yang datang dari area KL lambat tiba…Dengan perut yang kosong ‘N’ suasana yang agak sejuk, memang menguji keimanan…

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang geng aku tiba menunjukkan batang hidung mereka. Kitaorang pun “all together” berkumpul berteduh di Bus Stop Bukit Cherakah sementara setia menanti ketibaan Encik Hisyam…Sejurus selepas itu, wajah Encik Hisyam pun dah muncul tiba…Walaupun hujan masih tetap turun renyai-renyai, tetapi aktiviti wajib ni memang harus diteruskan.

Kami pun bergerak beramai-ramai menuju ke tapak orienteering berhampiran sawah padi. Encik Hisyam pula khusyuk memberikan taklimat terlebih dahulu sebelum aktiviti orienteering ni dimulakan…Selesai sahaja taklimat, peserta pertama yang dilepaskan bersama sekeping kad, kompas ‘N’ peta adalah ‘Aku’…Disebabkan aku merupakan orang pertama yang tiba di Bukit Cherakah maka automatically aku ler terpaksa menjadi peserta pertama yang mendahului game ini…Sepantas kilat ‘N’ secepat yang mungkin aku mula bergerak mencatit di atas peta ku sumo point-point yang aku dikehendaki cari…10 point siot!!!…Pada mulanya aku ingatkan nombor yang dicatit di dalam peta tu adalah bearing siot…Terkena ler kat batang hidung aku bcoz sesat nak mencari point yang pertama iaitu tempat parking basikal…Cobaan!!!...

Di antara sepuluh point tersebut, point yang paling mencabar mental ‘N’ fizikal aku adalah perjalanan nak ke point Empangan Kuning. Walauapapun kejadian ‘N’ ujiannya, syukur alhamdullillah…berkat kesabaran ‘N’ ketajaman minda, aku ‘N’ sumo geng-geng aku selamat tiba ‘N’ berjaya menakluk kesemua point yang diberi walaupun ada di antaranya yang agak mengelirukan mata kitaorang disebabkan mempunyai dua nombor yang berbeza but seakan-akan serupa...

TEORI ‘n’ PRAKTIKAL ORIENTEERING

~ Oops Kantoi!!! SILAP KIRA BEARING ~



Ni di antara peralatan yang kitaorang gunakan di dalam aktiviti Orienteering...


My Group's Card "EAGLE ONE"


Kad Group "GUNUNG SENYUM"...Sesuai dengan tuanpunye group yang senantiasa tersenyum tak kita waktu...He3x!!!

Aku datang seawal yang mungkin sebab nak prepare manila kad yang aku tak bape nak faham saiznya…Aku dah siapkan manila kad yang punye ler besar saiznya ‘N’ tertera perkataan “Eagle One”…Tu lah nama group aku setelah sekian lama gak kami nak memerah otak tuk mencari nama yang sesuai ‘N’ digeruni oleh group lain …Terpaksalah aku potong balik manila kad tu mengikut saiz yang dikehendaki oleh Encik Hisyam.

Bila Encik Hisyam dah sampai ‘N’ lokasi yang sesuai untuk orienteering dah pun dipilih 'N' ditemui, ape lagi, kitaorang pun mula ler bergerak bersama group masing-masing… Aku kalau pasai kompas ni sejujur-jujurnya aku boleh ler dikategorikan sebagai 0 Level…But dalam orienteering ni banyak gak yang aku ‘N’ kawan-kawan dapat pelajari…

Group-group orienteering telah mula dilepaskan untuk mencari kawasan jajahan masing-masing. Pada mulanya aku rasa pengiraan bearing group aku dah betul…rupa-rupanya jangkaan aku meleset…Walaubagaimanapun, kesilapan tu memang ade ‘N’ tak dijangka kewujudannya bcoz group yang ade masing-masing nak berlumba-lumba ‘N’ nak rush time…Bukan setakat group aku je yang tersilap, rupa-rupanya ade gak group lain yang senasib dengan group aku bcoz sumo nya berlumba-lumba mengejar takhta nak jadi juara punye pasai…Encik Hisyam suruh tengok jarum merah, ade yang gi tengok jarum hitam…Ade yang dah buat pengiraan bearing dengan betul but terlupa nak tulis…

Kesian kat group “Senyum”…Nasib badan ler diorang yang terkena…Ingatkan nak kenakan group lain tapi terkena pula group yang boleh dikatakan kamceng gak dengan group kitaorang…Walauapapun Al-kisahnya, aku mewakili group “Eagle One” menyusun jari sepuluh memohon ampun ‘N’ maaf di bulan Ramadhan yang mulia ini …


“Sedangkan Nabi ampunkan umat…”



SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA!!!

~ MAAF ZAHIR & BATIN ~


Masih belum terlewat lagi untuk aku nak mengambil kesempatan yang terbuka luas kat dalam Blogspot ni…dalam bulan baik yang mulia ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir ‘N’ Batin kepada sumo kekawan muslimin ‘N’ musliman yang dikasihi sekalian…Tidak lupa gak buat sumo pensyarah-pensyarah ‘N’ staff UITM Shah Alam yang beragama Islam…

Kepada sesape yang nak balik kampong tu samada menggunakan jalan darat, laut mahupun udara, hendaklah sentiasa berhati-hati terutama sekali di jalanraya…Ingatlah orang yang anda sayangi…Kalau nak mati pun, pi la mati sorang-sorang…jangan nak babitkan orang lain pulak…

Halalkanlah makan ‘N’ minum aku selama ni samada aku tertelan dengan sengaja ataupun tidak sengaja…Kalau ade terkasar bahasa or tersentuh dengan niat tak sengaja tu, bermaafan ler sesame kite…Sebelum aku nak menamatkan mukadimah aku pada kali ini, terimalah beberapa pantun ‘N’ ungkapan aku yang tak berbunyi ‘N’ tak terungkap ni, dalam pelbagai versi bahasa…Kalau salah tu, buat-buat ler tak tahu yek…


Godok kupat nang ngisor ondo,
Godonge nipah digawe atep,
Ono salah dan silap njalok ngapuro,
Ketemu meneh nang tahun ngarep,
Wes suwi aku orak ngomong jowo ni,
Orak opo-opo la yer,
Salam perantauan untuk semua.

Sedar tak kita semakin tua,
Ada 5 ciri-ciri tua,
Satu : Membaca semakin jauh, kencing semakin dekat,
Dua : Dulu tido mengadap muka, sekarang tido berlaga punggung,
Tiga : Dulu pakai minyak wangi, sekarang pakai minyak angin,
Empat : Dulu 12 kali sebulan, sekarang 1 bulan sekali,
Lima : Dulu keras menunggu, sekarang menunggu keras,
Kadang-kadang tunggu pun tak keras-keras,
Macam mana pun “Hati Mesti Bersih” sebab kita dah tua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,
Syukur di atas fitrah dan ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

Di Aidilfitri yang mulia ini…maaf dipinta andainya…
Terkasar bahasa…Tersilap bicara…Termarah yang tak kena...
Tertanya yang tak tentu hala…Tersyasyul yang tak sengaja…
Terpukul kat mana-mana…Terpekik di telinga…Terhantuk di kepala…
Terpinjam harta benda…Terumpat bila-bila…Terusik yang sengaja…
Dan macam-macam lagi yang adaaa…
Minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki…
Selamat Hari Raya Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin…

Tunggu-tunggu Rayo dah dokek,
Baka lomang…Robuh ketupek,
Nak anta kad Rayo da tak sompek,
Anta chat je yang copek,
Solamat Arie Rayo,
Maaf Zahir Batin.

Kata Al-Ghazali “Yang jauh itu WAKTU…
Yang dekat itu MATI…Yang besar itu NAFSU…
Yang berat itu AMANAH…Yang mudah itu BERBUAT DOSA…
Yang panjang itu AMAL SOLEH…Yang indah itu SALING MEMAAFKAN”…
Salam Aidilfitri…Maaf Zahir dan Batin…

Biar renggang di fana dunia…Biar hina di mata manusia…
Biar semangat semakin tua…Biar harta semakin tiada…
Biar akal semakin berusia…Biar jauh kedudukan kita…
Biar jurang pangkat sesame…
Jangan tergadai silaturrahim antara kita…
“Tak kenal maka tak cinta”…
Selamat Hari Raya…Maaf Zahir & Batin…

Pakai tongkat lompat parit,
Kain ketat tersepak batu,
Nak hantar kad raye takde duit,
Hantar chat ok ler tu,
Selamat Hari Raya…Maaf Zahir dan Batin…

GEMBIRA JIKA DIINGATI…BAHAGIA JIKA DIHARGAI…
UNTUNG JIKA DISAYANGI…BERTUAH JIKA DICINTAI…
KECEWA JIKA DILUKAI…SEDIH JIKA DILUPAI…
INDAH JIKA RAMADHAN TERUS DIHAYATI DAN DIJIWAI DALAM SANUBARI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Rumah dihias cantik berseri,
Ramadhan diganti si Aidilfitri,
Serangkap pantun pengganti diri,
Tanda teman-teman sentiasa diingati,
Terkasar bahasa terkecil hati,
Seribu kemaafan dituntuti,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…

“KOMPAS, BEARING ‘n’ DISTANCE"

Bila sebut pasal “HIKING” ‘n’ “ORIENTEERING”, pasti kita sumo akan flash back semula zaman purba kita pada suatu ketika dahulu. Dalam bab ni, dengan berpaksikan Pulau Kapas, aku berpeluang sekali lagi membabitkan diri semula di dalam aktiviti yang seakan-akan sama dengan kedua-dua aktiviti yang telah aku nyatakan tadi. Rindu rasanya bila terkenang kembali pengalaman manis Hiking bersama-sama dengan kekawan classmate ku masa aku kat sekolah menengah dahulu. Aku dapat gak mengulanginya sekali lagi pada usia yang aku boleh katakan semakin menyingsing “Kubur kata mari”…But tetap maintain gitu…He3x…Sebenarnya, boleh dikatakan sumo aktiviti yang diatur untuk kitaorang ni agak mencabar gak bcoz hari demi hari banyak tenaga yang telah aku buang…So, dalam part aktiviti ni memerlukan aku ‘N’ geng-geng segroup aku untuk bekerjasama ‘N’ berganding bahu mencari sumo point-point sulit ‘N’ tersembunyi…

Setiap group hanya dibekalkan sekeping kertas yang tercetak sebuah peta ‘N’ satu alat kompas…But important things adalah sumo group yang terlibat diguide oleh seorang Instructor yang berfungsi sebagai pemantau ‘N’ tenaga pengajar selaku tukang rujuk kitaorang. Diorang ni sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi kepakaran serta kewibawaan mereka walaupun usia mereka jauh lebih muda daripada kitaorang…Mana ler tahu, kalau takde sekurang-kurangnya seorang Instructor tuk standby kat group kitaorang, kang tersilap baca kompas ‘N’ salah kira bearing, alamat sesat ler jawabnya…Tak semena-menanya, terpaksa ler survivor kat dalam hutan.

Banyak point yang kitaorang perlu cari…Antaranya ialah jeti kat Pulau Kapas, dalam hutan, rumah api ‘N’ bermacam-macam lagi lah…Sampai tak terkata aku dibuatnya…Walaupun berbagai ujian ‘N’ rintangan yang telah aku ‘N’ group aku tempuhi di sepanjang perjalanan terutama sekali ketika masuk hutan ‘N’ keluar hutan yang sememangnya mencabar, namun at the end kitaorang selamat gak sampai ke point terakhir yang juga menjadi tapak permulaan kitaorang iaitu kat tapak perkhemahan…Alhamdullillah, group aku merupakan group terawal yang tiba ‘N’ berjaya mencari kesemua point dalam masa yang terpantas. Ni mungkin berkat doa yang telah dibacakan oleh ustaz Harun kita…He3x…


Cik Minah membeli gelang
Membeli gelang di pasar Siang
Walaupun tenaga semakin hilang
Tetap aku terus berjuang...

“EXCITED” NAK KE PULAU KAPAS





Ketika khusyuk mendengar taklimat tentang aktiviti di Pulau Kapas masih sempat gak posing maut…Kih3x…

Lagu rancak techno sedang berkumandang dan itu menandakan bunyi alarm telefon bimbit aku telah berbunyi. Aku cuba mencapai telefon bimbit ku yang aku letak di sebelah telinga ku ‘N’ terus mematikannya…Aku lihat alarm sudah menunjukkan jam 5.00 pagi…Seawal yang mungkin aku kena bangun untuk double check sumo barang keperluan yang perlu aku bawa bersama ke Kem Outdoor Recreation aku kat Pulau Kapas nanti bagi memastikan tiada barang penting yang akan tertinggal kelak…

Selesai sahaja aku menyiapkan diri aku terlebih dahulu, aku terus mencapai beg bimbit ‘N’ beg galas yang aku telah siapkan ‘N’ letak kat tepi pintu rumah ku…Itulah dua beg besar yang aku nak pikul untuk dibawa bersama ke sana…Biasa ler kalau pompuan ni mesti banyak benda penting yang nak dibawa. Lebih-lebih lagi kalau part nak bermalam berhari-hari lamanya…He3x…

Tiba kat UITM Shah Alam, aku lepak ler sembang dengan kekawan sementara waktu nak menunggu taklimat ‘N’ perasmian kem kitaorang ni…Sembang punya sembang, tak sedar masa berlari begitu pantas. Kini tiba ler masanya yang sememangnya aku excited ‘N’ sedia pun nak tunggu iaitu perasmian Outdoor Recreation 2009 yang telah diadakan di Dewan Fakulti kitaorang. Dipendekkan cite, majlis ni telah pun selamat dirasmikan oleh YB Encik Dekan Fakulti kitaorang ‘N’ seorang pegawai kanan PDRM dari Bukit Aman mewakili YDH Puan Rosniah telah turut serta hadir bersama-sama di dalam majlis tersebut untuk beramah mesra ‘N’ at the same time dapat gak mengenali kitaorang expecially student from PDRM.

Selesai perasmian, ada lak sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Fakulti Sains Sukan ‘N’ Rekreasi sebagai tanda kenang-kenangan. Al maklum ler, bukannya selalu dapat peluang berkumpul ‘N’ bergambar bersama-sama…Setelah selesai part candid bergambar ni, kitaorang pun bergerak ler ke part fitik mengangkat barang-barang yang dikeluarkan dari stor fakulti dekat gim UITM Shah Alam untuk disusun di dalam trak Polis yang sememangnya telah sedia menanti kunjungan tiba kitaorang…Thanx ler kat abang-abang Polis from FRU ‘N’ IPK Selangor yang tetap setia menunggu ‘N’ sporting gitu…

"PERJALANAN NAN JAUH"

Semua student PLK-PDRM berkumpul kat PULAPOL KL bcoz kitaorang akan bertolak dari sana manakala student Full Time ‘N’ e-PJJ pula akan bertolak from UITM Shah Alam…Setelah kesemua abang-abang ‘N’ kakak-kakak Polis kita ni dah kunjung tiba, kitaorang pun mula ler membanting tulang tolong-menolong mengangkat ‘N’ menyusun barang kat badan bas PDRM kitaorang. Letih giler siot bcoz penat kat UITM Shah Alam tak hilang lagi…

Bila sumo part berkaitan barang dah selesai, apa lagi…kitaorang pun siap sedia ler mengambil tempat duduk masing-masing untuk memulakan perjalanan bertolak ke Pulau Kapas yang memang sedia menanti kehadiran kitaorang…Dalam perjalanan yang jauh macam tu, sempat gak kitaorang tido ‘N’ berehat untuk memulihkan semula tenaga yang telah banyak hilang…Ada gak yang sempat curi-curi candid kekawan kitaorang yang sedang syok tido dibuai mimpi sampai meleleh air liur basi…Ish3x…Siap buat peta gitu…He3x…

Pejam celik-pejam celik, masa berlalu begitu pantas ‘N’ akhirnya kitaorang pun selamat tiba pada awal pagi-pagi buta di IPD Marang, Terengganu…Berasap, panas ‘N’ leper bontot dibuatnya…Kitaorang rehat bermalam di Surau, IPD Marang. Cantik ‘N’ besar gak rupanya IPD Marang yang berwajah baru ni…Keesokan harinya, kitaorang meneruskan perjalanan dan tiba di point seterusnya iaitu kat sebuah jeti berhampiran pasar ikan…Memang sesuai ‘N’ strategic gak jeti tu bcoz sempat gak ler kakak AJK Makanan ‘N’ The Geng nya membeli-belah di situ ‘N’ bakal dibawa ke Pulau Kapas kelak.

"CLASS GITU!!!"


Tetap sabar menunggu dikutip oleh abang-abang Polis Marine...


Time aku ‘N’ kekawan tengah rehat kat jeti selepas penat membanting tulang…Letih giler siot!!! Rasa macam nak tercabut urat kentut kitaorang…Hua3x…


Ni ler wajah-wajah abang Transport Polis kitaorang...Lihat abang Polis yang pakai uniform sahaja manakala abang yang tak pakai uniform tu abaikan je ler...Buat-buat tak nampak je...He3x...Jangan mare!!!...

Kitaorang berkumpul beramai-ramai di jeti ‘N’ merehatkan diri sementara menunggu ketibaan abang-abang Polis Marine. Bila ku lihat di kejauhan nun di sana, sayup-sayup je wajah Pulau Kapas yang tersergam indah menanti para pengunjungnya. Air mulai surut, tetapi abang Polis Marine masih juga tak kunjung tiba. Aku mulai risau ‘N’ gawat ni…Mane ler tahu, kang sampai ke malam ler pulak kitaorang kat jeti tu.

Bermacam-macam karenah ‘N’ perangai kawan-kawan ku dapat aku lihat. Mungkin penat diorang masih tak hilang lagi ‘N’ termasuklah diri aku sendiri yang sememangnya mengantuk ‘N’ letih…Dalam masa duduk berehat menghilangkan kepenatan, aku ‘N’ geng-geng ku masih sempat gak posing bergambar kenangan kat jeti.

Sikap setia menanti ‘N’ terus menanti kitaorang akhirnya berbalas juga dengan kegembiraan melihat ketibaan bot-bot Polis Marine yang menjadi pengangkutan kitaorang bagi melepasi lautan untuk ke seberang. Class gitu!!!Bila dah tiba, apa lagi…Fitik lagi ler jawabnya…Teruskan perjuangan korang sebagai Raja ‘N’ Ratu Fitik…He3x…Terima kasih kat abang-abang Polis Marine…Bot korang memang best ‘N’ laju giler…


Terima kasih daun keladi
Lain kali nak pinjam bot tu lagi…

"FITIK LAGI!!!"


AKU 'n' GENG-GENG FITIK


KHEMAH KU RUMAH KU!!! Ni ler rupanye khemah yang bakal menjadi istana tempat aku beradu…

Setibanya aku di Pulau Kapas, aku terus menapakkan kaki memijak pasir putih di kepulauan tersebut buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku. Sudah semestinya sesape yang pernah sampai di sini pasti terpegun melihat keindahan alam semulajadinya…Cantik giler bro!!! But part yang sememangnya meletihkan aku ‘N’ kekawan sampai tak ke sudah ialah kitaorang terpaksa ler fitik lagi…Kalau tak fitik, siapa lagi yang nak buat kalau bukan kitaorang sendiri…Rasa nak tercabut dah tangan ‘N’ kaki aku…But aku kuatkan gak semangat aku ditambah pula dek masih terpukau oleh keindahannya…

Sebelum bermulanya bab pembersihan kawasan sehinggalah bab pemasangan khemah ‘N’ sumo bab-bab lain, kitaorang telah diberi taklimat terlebih dahulu…Selesai je taklimat, kitaorang pun bergerak ler beramai-ramai, bekerjasama ‘N’ bergotong-royong membersihkan kawasan yang bakal dijadikan sebagai tapak penginapan kitaorang…

Setelah selesai sumonya, group-group yang bertanggungjawab dalam menyediakan makanan termasuklah group aku, mula ler bergerak ke dapur untuk menunaikan amanah tersebut…Aku bersama-sama dengan kekawan tolong-menolong memasak menu yang sememangnya telah ditetapkan di dalam roster yang ditampal oleh adik Full Time kat dinding dapur…

Habis je part memasak, tiba ler pula ke part menghidang makanan. Di sini kitaorang dididik secara berkumpulan untuk makan sedulang ‘N’ terpaksa pula menghabiskan sumo makanan tanpa meninggalkan sebutir nasi sekali pun…Seksa ler perut nak menghadamnya…Bukannya ape, nak mengelakkan pembaziran ler katakan!!!…Makan sedulang tu pula sebagai tanda ‘N’ cara untuk kitaorang nak mengeratkan lagi kasih sayang ‘N’ silaturrahim sesama insan…


Kalau hendak pergi menebang
Pergi menebang si pokok pinang
Tetap ku kenang makan sedulang
Sebagai pengerat kasih sayang…




Sesi makan sedulang...Berhempas-pulas nak menghabiskan makanan...


Buat-buat menyibuk kat dapur tengah bz mengacara program masak memasak The Iron Chef kat Pulau Kapas.

"ICE BREAKING"


Tibalah pula ke part “Ice Breaking” yang merupakan aktiviti kemuncak untuk kitaorang mengenali di antara satu sama lain…Kitaorang berkumpul di bawah sebuah khemah besar yang sememangnya menjadi port tetap untuk kitaorang berhimpun menjalani banyak lagi aktiviti-aktiviti seterusnya yang bakal mendatang.

Kami duduk berkumpul membentuk satu bulatan besar supaya senang gak mata memandang target tepat ke muka kawan-kawan lain. Seorang demi seorang geng-geng aku telah selesai memperkenalkan diri dengan cara yang tersendiri. Rupa-rupanya ramai gak geng senegeri aku yang join kem ni…Sehinggalah tiba pula ke turn aku…Berderau jantung aku bcoz mungkin terlalu segan dek sikap pemalu…

Setelah sumonya telah selesai memperkenalkan diri masing-masing, kini tiba ler ke turn para pensyarah ‘N’ para Instructors pula yang nak kena perkenalkan diri diorang masing-masing…Bila dah tahu nama, senang ler sikit nak bekerjasama…Walauapapun al kisahnya, salam perkenalan ler dulu aku tujukan khas untuk korang sumo…


Ice breaking diberi nama
Kalau tak kenal maka tak cinta…

"HAI! LEMAK MANIS…ALAH AMBOI-AMBOI"


Malam kini menyingsing tiba…Mata ku pula semakin kuyuh oleh kerana terlalu keletihan ‘N’ mengantuk…Tetapi aktiviti yang telah disusun untuk kitaorang mesti diteruskan…Don’t give up…Dari jauh lagi aku dah dengar orang dok menyanyi lagu yang first time aku dengar…”Hai, Lemak manis…Alah amboi-amboi…Santan kelapa…Alah amboi-amboi!!!...Best gak senikata ‘N’ liriknya bila didengari dengan teliti…

Kalau korang nak tahu, kitaorang bukan setakat hanya dok khusyuk mendengar lagu but kena pula mencari makna yang tersirat ‘N’ tersurat di sebalik lagu yang mereka sedang dendangkan…Bukan setakat itu je, kitaorang kena ler berbalas pantun sambil menyanyi mengikut rentak ‘N’ irama lagu “Lemak Manis” tu yang sememangnya tersimpan beribu kata pembayang.

Berpandukan kata pembayang yang diselit di dalam lagu tersebut, aku ‘N’ group aku kena ler tekun mencari…But agak mendukacitakan bcoz group aku rupa-rupanya merupakan group terakhir yang sampai ‘N’ berjaya menyelesaikan kesemua teka-teki yang diberikan…Walauapapun keadaannya, yang penting kita “ENJOY!!!”…Tidak dilupakan kepada geng-geng group lain yang sudi membantu kitaorang yang dah sememangnya menjadi tak keruan…Thanx friends…

Sunday, October 25, 2009

"KEINDAHAN PULAU KAPAS"

~ MEMORI SUKA DUKA KU DI PULAU KAPAS ~

Indahnya Pulau Kapas yang sentiasa menjadi sebutan 'N' tetap segar di ingatan para pengunjungnya...

Ha!!! Ni la aktiviti rekreasi yang aku nanti-nanti ‘N’ dah lama ku tunggu-tunggu. Ni lah masanya untuk kitaorang beradu tenaga dengan team masing-masing. Di samping tu dapat gak nak relakkan minda ‘N’ hilangkan tension, lari dari kesibukan tugas yang tiada kesudahan ‘N’ penamatnya…Nak tunggu mati ‘N’ kiamat barulah ler nak tamat…Letih-letih!!!

Fuwoh!!! Penat giler beb ‘N’ bro…Letih giler gak rupanya...Lagi penat dari kerja kat Mahkamah tu yang memerlukan aku cuma test suara bagi kata perintah…COURT BANGUNNN!!!...Kat sini aku kena raging semacam je. Mula-mula angin ‘N’ berasap gak telinga ‘N’ sumo part-part yang ada kat body aku ni. Lama-lama rasa seronok gak ‘N’ aku pun dah mula cooling down dengan abang-abang, kakak-kakak ‘N’ adik-adik Instuctor tu. Rupa-rupanya baik-baik gak mereka ni…Bak kata pepatah “Tak Kenai Maka Tak Cintan”…Kalau tak kena raging macam tu, ntah ape-ape yang dah jadi kat kitaorang kelak.

Sebenarnya, ade gak kebaikan yang tersurat ‘N’ tersirat di sebalik perbuatan mereka yang melampau-lampau tu but tak ler keterlaluan sangat. Natijahnya, kitaorang terutama sekali yang dah veteran-veteren ‘N’ otai-otai ni dapat gak follow sumo aktiviti yang telah diatur ‘N’ disusun mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan, walaupun ade masanya terlajak gak time tu…

Di ruangan Blogspot ni ler aku nak cite panjang lebar bab-bab aktiviti kitaorang student SR113 Full Time (Degree), PLK-PDRM (Diploma) ‘N’ e-PJJ (also Diploma) kat Pulau Kapas yang menjadi saksi tentang kejatuhan, kebangunan ‘N’ kemaluan kitaorang…Ikutilah coretan ‘N’ nukilan aku yang seterusnya…He3x…

Cik Siti membeli longan,
Hendak dibeli di pasar tuan,
Sungguhpun pahit untuk ditelan,
Pulau Kapas jadi kenangan...

“SURVIVOR” DI HUTAN…nGeRii!!!

Macam ni ler caranya nak mengikat khemah...Kena kreatif nak cari idea untuk buat khemah...Kalau tak pandai ikat, tido kat tanah ler jawabnye...

Unggun api tetap setia menemani di sepanjang proses membuai mimpi...

Antara hidupan ciptaan Tuhan yang menumpang sekali tido 'N' survivor kat dalam hutan dengan kitaorang...Ulat gonggok tu besar giler siot!!!...Lipan besar kitaorang tak sempat nak candid...

Ni ler antara muka berseri orang-orang yang beriman yang baru bangun tido...He3x...

Macam ni la nasib diri ku yang malang Oh! Tuhan!!!…Masa tu ler baru aku teringat senikata lagu P. Ramlee yang masih terngiang-ngiang kat lubang telinga aku…Kena tido kat dalam hutan berjam-jam lamanya dengan hanya berbekalkan 2 biji telur mentah, beras seciput, 1 biji kentang ‘N’ 2 botol besar mineral water…We all pasrah je…Beras 'N' telur kitaorang masak sekali but kulit telur tu kena ler basuh bersih-bersih terlebih dahulu. Manalah tahu kot-kot termasak sekali dengan tahi ayam, takkan parah namanye, manakala ubi kentang kitaorang bakar campak je kat bara unggun api tu...Kalau nak minum pun kena ler berjimat-cermat, kang stok air dah habis, kena beristinjak ler jawabnye...Survivor ler katakan. Tido kat bawah khemah buatan sendiri dengan hanya beralaskan daun-daun, bertemankan ungun api yang menjadi penyelamat dari binatang-binatang buas ‘N’ berbisa…Pandai-pandai ler nak hidup berdikari kat dalam hutan dengan geng-geng segroup aku yang ketuai oleh Tuan Apai ‘N’ dianggotai oleh diri aku sendiri, Atikah ‘N’ Khairi…Cobaan!!!

Bermacam-macam rentak irama ‘N’ lagu sedang berkumandang berdendang di dalam hutan…Ade irama Malaysia, Hip-Hop, Pop Rock pun ade gak ‘N’ bermacam-macam lagi lah…Sampai tak sanggup telinga aku nak mendengarnya…buat-buat pekak ‘N’ buat-buat tido je ler…Dalam hutan ni banyak cobaannya…sama macam dalam filem “Jangan Tegur ‘N’ Jangan Pandang Belakang”…Cubalah anda bayangkan kalau ler tiba-tiba muncul #@$&*%???...Lu Fikir Ler Sendiri!!!

Walauapapun dugaannya sekalipun, we all tetap respect gak kat Encik Hisyam ‘N’ sumo Instructor yang terlibat kerana tetap prihatin ‘N’ sanggup bersama-sama bersengkang mata membuat rondaan sentry semata-mata untuk memastikan kitaorang takde yang mati kebulur ‘N’ sentiasa berada dalam keadaan yang selamat sejahtera hendaknya kat dalam hutan tu…

Kalau takut dilanda taufan,
Jangan bina rumah di tepian,
Kalau takut dek hantu-hantuan,
Jangan duduk kat dalam hutan...

"WaTeR CoNFiDeNcE"

~ BERTARUNG HINGGA KE HUJUNG NYAWA ~

Ni ler antara muka-muka perenang wanita dunia yang masih kekal memegang rekod 'Tak Pernah Menang pun'...Hua3x...

Walaupun cuaca agak panas terik pada masa tu, tapi abang-abang 'N' kakak-kakak ni masih sempat gak nak kena candid...Ade gaya cam Wirawan 'n' Wirawati Laut Negara gitu...Cewah!!!...

Berenang-renang ke tepian pantai dengan pelbagai style bak seorang perenang profesional yang tak disegani pun...He3x...

Bismillah hirrahman nirrahim…Ya Allah Ya Tuhan Ku…Selamatkanlah dan panjangkanlah umur kami…Berkumat-kamit bibir aku untuk terus berdoa ‘N’ itulah bacaan doa yang mula-mula aku lemparkan sebelum aku dibuang ke tengah laut oleh abang-abang Instructor bagi aktiviti "Water Confidence"…Kecut ‘N’ cuak gak aku dibuatnya. Tambahan pula laut yang bergelora dengan entah ape-ape hidupan yang ade kat dalamnya. Mula ler aku terbayangkan filem-filem seram cite orang putih pasal jerung makan orang…Kot-kot jerung kat bawah aku tu tengah mengintai nak makan aku…Forget it!!! Yang penting aku ‘N’ kawan-kawan segroup aku selamat ‘N’ cepat sampai kat tepi pantai Pulau Kapas.

Mula-mula aku nak give up gak, rasa nak tercabut urat nafas aku dibuatnya…Aku dah semput giler geng ‘N’ bro...Mane tak nye, macam-macam style renang aku dah cuba …kuak kupu-kupu, kuak lentang…sampai aku kuak menelentang kat laut tu pun ade gak but masih gak aku tak sampai-sampai…Nasib baik ler aku dapat geng-geng segroup yang tak lokek ilmu 'N' tetap setia menjadi 'Tukang Supporter' agar aku terus bersemangat ‘N’ berusaha berenang sampai ke garisan penamat. Tapi perkara yang menguji keimanan 'N' kegeraman aku ni adalah apabila dah nak sampai ke garisan penamat, kaki aku kena cucuk dek landak laut yang banyak giler bersarang kat bawah area air cetek kat tepi pantai tu…Cite berkisar pasal landak laut ni, kalau korang nak tahu ianya menjadi salah satu hidangan tradisional bagi etnik Bajau Laut kat Sabah...Hai, berminat gak landak laut tu kat kaki aku agaknye...He3x...

Thanks beribu-ribu lemon to All My Friends…

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian...

"SNORKELING"

~ INDAHNYA ALAM CIPTAAN TUHAN YANG MAHA ESA ~


Rupa-rupanya best giler gak bila dapat peluang mencuba “Snorkeling” ni…Nak dapat peluang macam tu boleh ler diibaratkan “Nak menunggu bulan jatuh ke riba”…Bila dah dapat peluang keemasan macam tu, ape lagi…aku takkan lepaskan ler jawabnya …Seronok bro!!! Rasa macam tak nak je tanggalkan “Fins, Mask ‘N’ Snorkel” tu…Mula-mula aku tak tahu gak ape benda yang Encik Hisyam selalu dok sebut pasai snorkeling ni…But bila aku dah join Outdoor Recreation kat Pulau Kapas ni, bertuah gak aku bcoz dapat gak try snorkeling ni kat sana.

Snorkeling ni boleh ler aku katakan adik-beradik ‘N’ part of “Scuba Diving”…cuma snorkeling ni kita dapat peluang tengok hidupan kat dasar laut pun dari atas permukaan laut je…Nak dipendekkan cite, snorkeling ni merupakan julung-julung kalinya aku buat..Tu pun kat Pulau Kapas…kalau tak, kempunan ler aku tak merasa snorkeling…

Fuyohhh!!! Cantik giler beb aku tengok dari permukaan laut tu…Gamat laut ‘N’ timun laut besar giler siot!!! Ade gak aku tengok sekumpulan nemo tengah berkejar-kejaran ‘N’ tak kurang juga hebatnya bab ade gak aku dapat peluang tengok ikan besar ‘N’ belut laut di samping batu karang yang indah berwarna-warni…colourful gitu!!!

Tu je ler serba sedikit cite bab pengalaman aku pasai snorkeling ni yang aku bole ler kongsi bersama dengan kawan-kawan kat luar sana …Nasihat aku kat kawan-kawan yang masih lagi belum mencuba, cuba ler, jangan tak cuba…Jangan sampai korang buat snorkeling tu jadi scuba diving, dah ler…Tak karuan nanti!!!

Pak Abu menangkap ikan,
Hendak menangkap si ikan tenggiri,
Pulau Kapas jadi kenangan,
Tetap terpahat di sanubari…


Tengah bz buat Snorkeling, masih sempat gak beri pose istimewa...Say ENJOY!!!...

Amacam???...Ade gaya jadi Duta "PEACE NO POLLUTIONS" tak!!!...He3x
Keindahan batu karang yang amat tinggi nilainya...Jangan cemari alam kita!!!...

Ni ler contoh alat-alat yang wajib digunakan dalam aktiviti Snorkeling...Antaranya ialah MASK, SNORKEL 'n' FINS (Kasut Itik)...

"KAYAK OH KAYAK"

Part yang paling penting, jangan ler lupa buat regangan terlebih dahulu sebelum nak mulakan aktiviti kayak...

Partner kayak selaku pemantau sedang asyik mengayuh sampai leka sedang dipantau oleh paparazzi...Kayuh!!!...Go!!!Go!!!Go!!!...

Walaupun keletihan, masih sempat gak nak beri pose yang tak bape mengancam...He3x...

THE EAGLE ONE GROUP nama diberi...But seorang lagi terlepas lari ntah ke mana...

Antara aktiviti kitaorang kat Pulau Kapas adalah “Berkayak”…Kami bangun pagi seawal yang mungkin bcoz nak kejar air pasang…Kang air surut, berkayak kat pasir ler jawabnya…Seperti biasa sebelum nak start kayak ni, kena ler buat exercise regangan badan sikit …nak longgarkan sumo urat-urat yang ketat tu…Kang keras macam batu terseliuh ler pulak…

Selepas sesi memanaskan badan, kitaorang pun mula ler mengambil kayak masing-masing bersama-sama partner yang sekamceng…Ade yang tak kamceng pun sebab terpaksa…He3x…Berkayak dari satu pulau ke satu pulau memang mencabar ‘N’ meletihkan…Rasa nak tercabut je tangan…ditambah pula dengan cabaran nak merentasi lautan ombak yang bergelora. Kalau malas nak kayuh, ke tengah laut ler jawabnya…Berbagai ragam ‘N’ cara kayuhan dapat aku lihat pada masa tu…Macam aku, sampai melecet gak tangan…Ade gak kekawan yang curi tulang sebab nak tumpang beri bebanan kat kawan untuk buat kayuhan…Ish!!!...tak elok cam tu…

Sepanjang nak mengayuh kayak tu, aku terpaksa gak nak beri koman…kanan…kiri…kanan…kiri…Al-maklum ler, nak dapatkan kesaksamaan kayuhan padel…Kang seorang kayuh ke kanan ‘N’ seorang ke kiri, macam ketam ler jawabnye…Walaupun boleh dikatakan majority student Diploma SR113 ni takde certificate dalam ilmu kayak ni, tapi dengan semangat kesukanan yang diorang tunjukkan, Alhamdullillah…sumo rintangan ‘N’ halangan dapat diatasi…Bak kata pepatah “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”…

Masa yang kitaorang ambil sepanjang berkayak ni sehinggalah berpatah balik ke port asal boleh ler dikatakan pantas gak bcoz masa yang kitaorang ambil tak ler lama ‘N’ panjang sangat…Kayuh punye kayuh, akhirnya selamat sampai gak ke destinasi yang dituju…Rasa cepat je masa berlalu, aku nak cau dulu!!!...Kuang3x…

“Bersatu kita teguh…Bercerai kita roboh!!!”

Sunday, October 11, 2009

GAYAT ABSEILING DI TKT. 11, FAKULTI KEJURUTERAAN UiTM, SHAH ALAM

~ Makk Oii!!!…TiNGGi NyA!!! ~

Aku yakin 200% selamat bila nak wat Abseilling ni bcoz Encik Hisyam yang tolong pasangkan di part ikat-mengikat "KNOTS" ni...Dijamin beres 'N' selamat...

For safety, double check telah dibuat oleh adik Instructor kitaorang tuk memastikan sumo alat-alat yang dah melekat kat badan aku, selamat untuk digunakan...Mane ler tahu, malang tu kan tak berbau...Kalau berbau, boleh ler dihidu dulu...

Sebelum nak turun abseiling tu, jangan ler lupa nak mengucap dua kalimah syahadah...

Aku rasa macam tak nak je lepaskan genggaman padu kat besi tu...

It is a bird???...It is a plane???...No la...It is a spiderwoman...

Aku rasa macam nak cepat je landing kat bawah tu...Tak sanggup dah aku nak menanggung seksa tunggu lama bergayut kat tali tu...

Alamak!!! Lambat lak aku pagi ni…Hari yang ku iktiraf menjadi salah satu hari yang bersejarah expecially buat diri aku yang merupakan salah seorang pesakit penghidap penyakit gayat...Mungkin sebab terlalu dok teringat ‘N’ terlalu excited nak abseiling kot…Sampai tak tido lena aku dibuatnya…Potong stim betul time aku nak bermimpi indah di malam hari dek terbuai mimpi tengah abseiling di siang hari…Syukur ler aku terserempak gak dengan salah seorang bekas Instructor aku masa kat Pulau Kapas dulu…Encik adik ni orang kampong aku gak…dari Sabah mari…Beliau ler yang menunjukkan arah nak ke tapak abseiling.

Cari punye cari…redah punye redah, akhirnya aku sampai gak di Tingkat 11, Bangunan Fakulti Kejuruteraan UITM, Shah Alam…Aku tengok Encik Hisyam tengah khusyuk memberi taklimat. Semua anak didiknya tengah tekun mendengar ‘N’ menelaah peralatan termasuklah aku yang buat-buat muka selamba terus masuk baris…Geng-geng aku yang lain sebenarnya dah pun selesai menyusun peralatan ‘N’ membuat persiapan untuk abseiling seawal pagi morning lagi…Sori ‘N’ thanx a lot to all you guys!!!…Tu je ler perkataan yang mampu aku ucapkan sebagai tanda penghargaan terima kasih aku kat korang sumo.

Selesai taklimat, kini tibalah masanya ke acara yang aku ‘N’ geng-geng aku tak sanggup nak tunggu…Abseiling!!! Masing-masing tak sabar nak cross line buat stunt terlebih dahulu oleh sebab nak mengelak cuaca yang coming soon akan berubah menjadi panas terik termasuklah aku yang dah mula nak memanaskan badan dengan mencuba, try 'N' test sumo peralatan abseiling yang telah sedia ada 'N' telah tersusun rapi di hadapan ku…Aku tengok muka setiap geng aku dah mula berubah menjadi pucat lesu sama seperti mayat hidup…peluh yang turun mencurah-curah pun masih tak reti nak berhenti…Nak kata panas, masih pun belum nak kunjung tiba…Aku rasa ade gak angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa…Mungkin terlalu takut ataupun terlalu gembira ‘N’ teruja nak terjun dari Tingkat 11…Nasib baik bagi sesape yang memakai make-up termasuklah diri aku sendiri, boleh ler cover line sikit…He3x…

…”Tak buat takde markah”…Falsafah itulah yang menjadi nadi penggerak supaya aku ‘N’ sumo kawan-kawan untuk tak sabar-sabar lagi nak buat abseiling...Hati kian meronta-ronta nak cepat habis…Seorang demi seorang geng aku telah berjaya menyelesaikan tanggungjawab mereka yang wajib untuk dilaksanakan. Bermacam-macam style aku lihat mereka pamerkan untuk turun ke bawah. Kini tiba turn aku, makin rancaklah degupan jantung aku nak bergendang…Aku tengok ke bawah dari Tingkat 11 tu, makk oii!!!..sayup-sayup je…Dah ler aku pakai 4 mata, tapi aku tengok ke bawah tetap maintain kecil macam tu gak…Silap cermin mata aku ke or mata aku yang silap…You all bayangkanlah betapa tingginya bangunan tu…Kalau ikutkan hati, tak sanggup den nak membueknye…Aku tawakkal je ler…Di kesempatan yang penuh dengan kesempitan itu, masih sempat gak aku menyanyi hanya dengan menyumbangkan sebaris lagu untuk menghiburkan suasana hati aku yang sedang gugup…

Bermulalah langkah pertama aku untuk memijakkan kaki ke salah satu tiang bangunan yang mana menjadi tempat untuk aku bertempek ‘N’ bertenggek melekat macam cicakwoman…
Step by step aku mengatur langkah dengan berhati-hati ‘N’ berhemah menuruni tiang yang agak licin gak rasanya…Aku takut terkucil sebab takut tak beraya ler jawabnya aku nanti…But at the end, syukur alhamdullillah ke hadrat Illahi, akhirnya aku selamat gak sampai ke destinasi yang menjadi mercu kejayaan buat para abseiling…


PERALATAN ABSEILING

Anak ayam mematuk beras,
Terpatuk tangan anak Pak Leman,
Gayat “Abseiling” di Tingkat Sebelas,
Tetap terpahat jadi kenangan...