Sunday, October 25, 2009

"WaTeR CoNFiDeNcE"

~ BERTARUNG HINGGA KE HUJUNG NYAWA ~

Ni ler antara muka-muka perenang wanita dunia yang masih kekal memegang rekod 'Tak Pernah Menang pun'...Hua3x...

Walaupun cuaca agak panas terik pada masa tu, tapi abang-abang 'N' kakak-kakak ni masih sempat gak nak kena candid...Ade gaya cam Wirawan 'n' Wirawati Laut Negara gitu...Cewah!!!...

Berenang-renang ke tepian pantai dengan pelbagai style bak seorang perenang profesional yang tak disegani pun...He3x...

Bismillah hirrahman nirrahim…Ya Allah Ya Tuhan Ku…Selamatkanlah dan panjangkanlah umur kami…Berkumat-kamit bibir aku untuk terus berdoa ‘N’ itulah bacaan doa yang mula-mula aku lemparkan sebelum aku dibuang ke tengah laut oleh abang-abang Instructor bagi aktiviti "Water Confidence"…Kecut ‘N’ cuak gak aku dibuatnya. Tambahan pula laut yang bergelora dengan entah ape-ape hidupan yang ade kat dalamnya. Mula ler aku terbayangkan filem-filem seram cite orang putih pasal jerung makan orang…Kot-kot jerung kat bawah aku tu tengah mengintai nak makan aku…Forget it!!! Yang penting aku ‘N’ kawan-kawan segroup aku selamat ‘N’ cepat sampai kat tepi pantai Pulau Kapas.

Mula-mula aku nak give up gak, rasa nak tercabut urat nafas aku dibuatnya…Aku dah semput giler geng ‘N’ bro...Mane tak nye, macam-macam style renang aku dah cuba …kuak kupu-kupu, kuak lentang…sampai aku kuak menelentang kat laut tu pun ade gak but masih gak aku tak sampai-sampai…Nasib baik ler aku dapat geng-geng segroup yang tak lokek ilmu 'N' tetap setia menjadi 'Tukang Supporter' agar aku terus bersemangat ‘N’ berusaha berenang sampai ke garisan penamat. Tapi perkara yang menguji keimanan 'N' kegeraman aku ni adalah apabila dah nak sampai ke garisan penamat, kaki aku kena cucuk dek landak laut yang banyak giler bersarang kat bawah area air cetek kat tepi pantai tu…Cite berkisar pasal landak laut ni, kalau korang nak tahu ianya menjadi salah satu hidangan tradisional bagi etnik Bajau Laut kat Sabah...Hai, berminat gak landak laut tu kat kaki aku agaknye...He3x...

Thanks beribu-ribu lemon to All My Friends…

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian...

No comments:

Post a Comment