Monday, October 26, 2009

TEORI ‘n’ PRAKTIKAL ORIENTEERING

~ Oops Kantoi!!! SILAP KIRA BEARING ~



Ni di antara peralatan yang kitaorang gunakan di dalam aktiviti Orienteering...


My Group's Card "EAGLE ONE"


Kad Group "GUNUNG SENYUM"...Sesuai dengan tuanpunye group yang senantiasa tersenyum tak kita waktu...He3x!!!

Aku datang seawal yang mungkin sebab nak prepare manila kad yang aku tak bape nak faham saiznya…Aku dah siapkan manila kad yang punye ler besar saiznya ‘N’ tertera perkataan “Eagle One”…Tu lah nama group aku setelah sekian lama gak kami nak memerah otak tuk mencari nama yang sesuai ‘N’ digeruni oleh group lain …Terpaksalah aku potong balik manila kad tu mengikut saiz yang dikehendaki oleh Encik Hisyam.

Bila Encik Hisyam dah sampai ‘N’ lokasi yang sesuai untuk orienteering dah pun dipilih 'N' ditemui, ape lagi, kitaorang pun mula ler bergerak bersama group masing-masing… Aku kalau pasai kompas ni sejujur-jujurnya aku boleh ler dikategorikan sebagai 0 Level…But dalam orienteering ni banyak gak yang aku ‘N’ kawan-kawan dapat pelajari…

Group-group orienteering telah mula dilepaskan untuk mencari kawasan jajahan masing-masing. Pada mulanya aku rasa pengiraan bearing group aku dah betul…rupa-rupanya jangkaan aku meleset…Walaubagaimanapun, kesilapan tu memang ade ‘N’ tak dijangka kewujudannya bcoz group yang ade masing-masing nak berlumba-lumba ‘N’ nak rush time…Bukan setakat group aku je yang tersilap, rupa-rupanya ade gak group lain yang senasib dengan group aku bcoz sumo nya berlumba-lumba mengejar takhta nak jadi juara punye pasai…Encik Hisyam suruh tengok jarum merah, ade yang gi tengok jarum hitam…Ade yang dah buat pengiraan bearing dengan betul but terlupa nak tulis…

Kesian kat group “Senyum”…Nasib badan ler diorang yang terkena…Ingatkan nak kenakan group lain tapi terkena pula group yang boleh dikatakan kamceng gak dengan group kitaorang…Walauapapun Al-kisahnya, aku mewakili group “Eagle One” menyusun jari sepuluh memohon ampun ‘N’ maaf di bulan Ramadhan yang mulia ini …


“Sedangkan Nabi ampunkan umat…”



No comments:

Post a Comment