Monday, October 26, 2009

“EXCITED” NAK KE PULAU KAPAS





Ketika khusyuk mendengar taklimat tentang aktiviti di Pulau Kapas masih sempat gak posing maut…Kih3x…

Lagu rancak techno sedang berkumandang dan itu menandakan bunyi alarm telefon bimbit aku telah berbunyi. Aku cuba mencapai telefon bimbit ku yang aku letak di sebelah telinga ku ‘N’ terus mematikannya…Aku lihat alarm sudah menunjukkan jam 5.00 pagi…Seawal yang mungkin aku kena bangun untuk double check sumo barang keperluan yang perlu aku bawa bersama ke Kem Outdoor Recreation aku kat Pulau Kapas nanti bagi memastikan tiada barang penting yang akan tertinggal kelak…

Selesai sahaja aku menyiapkan diri aku terlebih dahulu, aku terus mencapai beg bimbit ‘N’ beg galas yang aku telah siapkan ‘N’ letak kat tepi pintu rumah ku…Itulah dua beg besar yang aku nak pikul untuk dibawa bersama ke sana…Biasa ler kalau pompuan ni mesti banyak benda penting yang nak dibawa. Lebih-lebih lagi kalau part nak bermalam berhari-hari lamanya…He3x…

Tiba kat UITM Shah Alam, aku lepak ler sembang dengan kekawan sementara waktu nak menunggu taklimat ‘N’ perasmian kem kitaorang ni…Sembang punya sembang, tak sedar masa berlari begitu pantas. Kini tiba ler masanya yang sememangnya aku excited ‘N’ sedia pun nak tunggu iaitu perasmian Outdoor Recreation 2009 yang telah diadakan di Dewan Fakulti kitaorang. Dipendekkan cite, majlis ni telah pun selamat dirasmikan oleh YB Encik Dekan Fakulti kitaorang ‘N’ seorang pegawai kanan PDRM dari Bukit Aman mewakili YDH Puan Rosniah telah turut serta hadir bersama-sama di dalam majlis tersebut untuk beramah mesra ‘N’ at the same time dapat gak mengenali kitaorang expecially student from PDRM.

Selesai perasmian, ada lak sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Fakulti Sains Sukan ‘N’ Rekreasi sebagai tanda kenang-kenangan. Al maklum ler, bukannya selalu dapat peluang berkumpul ‘N’ bergambar bersama-sama…Setelah selesai part candid bergambar ni, kitaorang pun bergerak ler ke part fitik mengangkat barang-barang yang dikeluarkan dari stor fakulti dekat gim UITM Shah Alam untuk disusun di dalam trak Polis yang sememangnya telah sedia menanti kunjungan tiba kitaorang…Thanx ler kat abang-abang Polis from FRU ‘N’ IPK Selangor yang tetap setia menunggu ‘N’ sporting gitu…

No comments:

Post a Comment