Wednesday, October 7, 2009

BERENANG-RENANG DI TEPIAN KOLAM

Hari untuk aku menunjukkan bakat sebagai seorang perenang yang tak profesional langsung telahpun tiba. Sebelum kitaorang menunjukkan bakat masing-masing, Encik Hisyam telahpun memberikan penerangan dengan panjang lebar secara teori ‘N’ praktikal sekali berkaitan aktiviti berenang pada kali ini yang bertempat di kolam renang UITM, Shah Alam…Sambil aku menjeling, menoleh ke kanan ‘N’ ke kiri, aku terpandang sekumpulan kanak-kanak sedang leka berenang…Mana aku nak letak muka aku kalau adik-adik tu nampak abang-abang ‘N’ kakak-kakak diorang yang tak reti berenang…Jatuh kemaluan kami nanti…Eehh, malunya aku!!! Tapi buat-buat cover line je ler…

Ahhh!!! Lantak pi la!!!...yang penting kena berani mencuba untuk belajar…Ayat yang saje digunakan untuk menyedapkan hati ‘N’ muka yang dah merah padam…Berenang kat tepi kolam je pun kira dah terer ler tu…ditambah pula badan dipakaikan dengan jaket keselamatan…Mula ler sumonya berlumba-lumba nak berenang ke tengah kolam…nak tunjuk bakat ler katakan…

Sampai ler pula ke part aksi menyelam. Nak menyelam kena tanggalkan jaket…Masing-masing mula ler nak ke belakang pusing…Bila sampai turn aku, aku melompat tak jauh dari tepi kolam…takut tak sempat nak diselamatkan oleh Encik Hisyam…Makk oii!!! Punye ler dalam air kolam tu. Syukur ler sebab aku timbul gak akhirnya. Bila aku timbul jer, terus aku terkam kat tepi kolam tu…Kira past ler juga…Huh3x…


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh berenang dia tak tahu...

No comments:

Post a Comment