Sunday, September 27, 2009

HAYATI & RENUNG-RENUNGKANLAH

WAHAI TEMAN-TEMAN BLOGGER KU YANG BUDIMAN !!!

Berjalan kepada Allah ada 4 jenis iaitu fikir pada perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat…

Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan akan musnah segala kehidupan…

Sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qado dan Qadar diikuti dengan kiamat, kitab, Rasul, Malaikat dan akhirnya bertemu ALLAH S.W.T…

Tiada guna harta benda, pangkat dan darjat andai jiwa, hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka. Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal…

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih…

Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturrahim dijaga dan amanah terlaksana, tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara...

Al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan, rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya sahaja...

Agama itu suatu kehidupan yang bertitik tolak dari keturunan. Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian...

Iman dan amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli maupun diwariskan kepada anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah ilmu dan perjalanan iman itu...

Hukum Allah itu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja sanggup melaksanakan. Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman, adalah satu penganiayaan...

Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman. Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan...

Dalam sejarah 25 para Rasul, tersembunyi kisah kehidupan manusia. Barang siapa membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat...

Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya dan 90% kekayaan di dunia ini datangnya dari perniagaan...

Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi segala-galanya memerlukan wang. Hiduplah atas Qado dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu...

Zikir itu hubungan dengan Tuhan, Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan, Solat itu tanda Syukur sebagai hamba Tuhan dan Quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai Tuhan...

Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati, samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati AKAL...

Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya. Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilinginya...

Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mampu untuk bersabar tetapi bila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri dan alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan...

Sebaik-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa...

Jika hari ini hari terakhir bagi 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan dan keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia???...

Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain...

Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu kaldai dan siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan...

Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya...

Di antara golongan orang yang dibenci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim...

Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman / sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan...

Sesuatu kesalahan dan kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan...

Kata orang-orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar / kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar...

Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seseorang ulamak, dia amat takut kepada Allah SWT, walaupun nyawanya jadi taruhan...