Wednesday, October 7, 2009

AKU BUDAK BARU BELAJAR

~ BERKAYAK DI TASIK ‘madu’ SHAH ALAM ~

Sedang khusyuk mendengar taklimat dari Encik Hisyam...

Tengah warming up nak longgarkan otot-otot yang memang dah sedia keras...

Tolong-menolong amalan yang murni 'N' mulia...

Kayuh laju-laju...Kanan...Kiri...Kanan...Kiri...

Seorang tengah balance kan kayak 'N' seorang lagi tengah berusaha keras tuk naik semula ke kayak...Cayo!!!...Cayoo!!!

Hip-hip Horey!!!...Hip-hip Horey!!!...Sorakan gembira bcoz akhirnya dapat gak menakluk ilmu kayak...


Bertambah satu lagi ler ilmu ‘N’ pengalaman baru buat diri aku yang jakun pasal kayak…Sebelum ni aku pernah tengok ‘N’ dengar je orang cite pasal kayak…Nak mengayuh sendiri kayak ni jauh sekali…Ibarat “Jauh Panggang Dari Api”…Tapi macam tak percaya gak bab akhirnya aku menjadi salah seorang hamba Allah yang bertuah dapat belajar kayuh kayak. Kalau korang nak tahu, kayak ni merupakan salah satu dari aktiviti Outdoor Recreation aku yang wajib…Fuwoh!!!

Barulah aku tahu, nak belajar kayak ni bukan setakat pandai berkayak je but memerlukan disiplin diri yang tinggi…hendaklah ditambah juga oleh sikap setiakawan ‘N’ tolong-menolong yang perlu ade gak pada diri setiap orang peserta kayak…Kalau tak, boleh mati lemas ler jawabnya…Apakan tak, bukan setakat kena reti berkayak je tapi kena reti berenang gak…Aku tak sangka rupa-rupanya selain belajar berkayak kitaorang kena jatuhkan diri sendiri dengan niat sengaja seperti seorang stuntman ‘N’ stuntwoman terbalik bersama kayak di Tasik Shah Alam…

Fuuhh!!!...dalam juga rupanya tasik ni…Aku cuba gak nak jejakkan kaki kat dasar tasik tu tapi kecewa bcoz tak sampai-sampai jugak. Nasib badan ler sape yang dah terminum air perisa coklat kat tasik madu tu…Time nak naik semula ke kayak, part ni ler yang mencabar kewibawaan setiap orang…Nasib baik ler ade kekawan yang prihatin, sudi gak menolong kitaorang terutama sekali bagi geng-geng yang ade bumper besar…Susah nak naik, terpaksa kena tolak dari bawah…He3x…

Walauapapun kejadiannya, kesudahannya “syukur Alhamdullillah” sebab Allah masih sayangkan kami sumo yang telah selamat tiba mendarat di tepian tasik…Tapi malangnya bagi aku yang tak bawa pakaian spare…terpaksa balik naik keta dengan pakaian di badan yang masih basah kuyup. Aku terpaksa balik awal ‘N’ tak dapat nak lepak dengan geng-geng aku...

Syabas kawan-kawan...Terima kasih kepada Encik Hisyam 'N' para Instructor...

No comments:

Post a Comment