Monday, October 26, 2009

IT IS A BIRD!!!...IT IS A PLANE!!!

BuKaN...bUkAn...Itu Si Pari-pari Terbang Tinggi!!!

Setibanya aku kat belakang Kolam Renang UITM Shah Alam, aku lihat dari jauh geng-geng aku sedang sibuk memasang tali untuk persiapan aktiviti kitaorang yang terakhir sebagai penutup aktiviti Outdoor Recreation bagi last semester 7 tahun 2009 iaitu "FLYING FOX"...

Aku berjalan pantas menuju ke arah mereka dan seterusnya membantu apa-apa yang patut untuk dibuat 'N' disiapkan...Dalam sibuk-sibuk membuat kerja-kerja pemasangan ni, aku 'N' Atoi masih sempat gak membuat amal kebajikan mencari rambutan yang dari tadi memang geram je kitaorang lihat tergantung kat atas pokok yang sememangnya mengiurkan kitaorang...Apa lagi, dengan muka selamba aku 'N' Atoi melihat sekumpulan Wak 'N' Neng sedang sibuk rancak bersembang sambil menikmati kelazatan rambutan kuning 'N' merah...Dengan muka selamba 'N' tak tahu nak malu, kitaorang gi ler mintak beberapa ikat rambutan kuning yang telah siap dipetik 'N' dilonggokkan oleh Wak 'N' Neng yang bertugas membersihkan kawasan tersebut...

Mahu tak mahu, walaupun kot-kot tak ikhlas nak bagi, tetapi mereka nampaknya terpaksa gak nak beri...Harap-harap tak ler diorang baca-baca...Kang tersangkut pula kat Wak tu...He3x...Selesai menikmati rambutan yang aku 'N' Atoi share dengan kawan-kawan, kitaorang pun meneruskan pemasangan tali 'N' menyusun sumo peralatan yang bakal digunakan di dalam aktiviti ini...

Setelah sumonya selesai diberesin, maka bermulalah aktiviti Flying Fox dan aku merupakan peserta kedua yang melakukan aksi berbahaya ini...Gugup 'N' gayat gak aku dibuatnya pabila menuruni tempat yang tinggi...Pesanan Encik Hisyam, bila terasa kaki dah tak mencecah tanah, cepat-cepat buat "L Ships". Ni bertujuan untuk mengelakkan kaki tersangkut pada akar-akar kayu...Arahan mesti dipatuhi, kalau ingkar bab keselamatan ni, kang tersungkur pula sujud mencium perut bumi...

Laju giler siot but Alhamdullillah aku selamat gak melakukannya tanpa sebarang halangan 'N' takde kecederaan 'N' kemalangan yang berlaku...Terima kasih kat Adik Stopper kita...Kalau bukan kena kat cara yang betul nak stop kitaorang, alamat melekat ler badan tertempek kat pokok tu...Kang parah ler jawabnya...Siapa yang susah...Mereka 'N' keluarga mereka juga yang sama-sama susah nanti...So, berwaspada ler yek...

1 comment: